PRUDENTIAL INSURANS

Friday, October 23, 2015

Laksa dan Cendol Redup Rimba Bangi with team



Baru lepas amik exam yang mencabar boleh tahan, jalan pun dah senget sebelah pikir jawapan, terus abang ketua bawak pergi makan laksa. Duk sebut laksa 54x macam orang mengidam maka anak buah pun semua follow jela. *Dengan harapan, abang ketua tak bukak blog ni dan baca*

Apakah yang menariknya laksa ni, dia hidang dalam claypot. Selalu orang bubuh sambal dalam claypot tapi kali ni kita makan laksa dalam claypot pot pot. Nasib baik la tak makan laksa dalam sizzling kalau tak lagi tercenggang semua orang. Berasap-rasap mambang keluar kang.




Order dalam bape minit sampai la laksa claypot ni. Siap ada tutup akak cakap dik. Bravo-bravo.. Maknanya boleh la makan berenti tutup, makan berenti tutup 54 kali sampai laksa takda rupa laksa dah. hehe.



Bila bukak tutup, tarraaaaaaa. keluarlah laksa berlari-lari kemudian lompat masuk tasik. muehehee. Rasa dia sedap la, boleh tahan la. nak kuah pekat tolong buat sendiri kat rumah eh. Harga se claypot RM4.00 kot. 



Laksa dipetang hari akan lebih auuummm kalau makan dengan cendol. Tanya cendol apa yang spesial dan luar biasa kat sini, dia cakap cendol tapai pulut. Aku punya telinga pekak boleh tahan tak dengar pulak dia sebut cendol tapai pulut, dalam kepala terbayang cendol tapai ubi. sambil mulut bunyi "O", AMAZING-AMAZING, kena try ni. Sekali datang, tapai pulut rupanya. Bagi aku erm, erm.. Aku kurang suka makanan masam-masam sangat kecuali laksa ngn tomyam. Yang lain kalau masam aku jadi pelik. Cendol ni kategori makanan la sebab kau boleh kunyah-kunyah kan kan * mandai jek aku ni*.


Dekat sini yang datang ramai student UKM, GMI and abang-abang kakak kakak yang dah kerja. Macam mana aku tau? Aku pergi buat temuramah lah,... Taklah tipu jek, aku tengok baju diorang la. Mungkin diorang pun tengok benda yang sama. Tahu kitorang dari PRUDENTIAL sebab member pakai baju tu. hehe.mungkin. Silap-silap datang tegur nak beli insurans kang *amin*




Kawasan ni lebih berkonsepkan taman dan tempat beriadah. Lepas joging-joging terus boleh datang makan sini kutip balik lemak yang dibuang tu, ahaha. tipu jek. Takpe at least kau senam kau buang, kau makan kau tambah. Putaran sama yang takda luak mana. kiki


Kawasan ni terletak berdekatan dengan perpustakaan bangi. Ah waze jek laksa redup rimba bangi. Nanti dia bawak la korang ke sini.





Okey ni la team melepak membincangkan isu-isu sensasi berkaitan insurans takaful prubsn . Ada laki orang, bini orang, tunang orang, pakwe orang, makwe orang. kira semua orang-orang punya dan sewaktu dengannya lah ada. BAGI YANG TERPIKIR-PIKIR macam menarik jek group ni, macam best jek, macam membina jek bolehlah whatsapp saya di talian : 012-7430533 untuk maklumat lanjut. Nak beli insurans pun boleh. As long as you believe me, i will take care of you. Emoticon : smiley babey.












No comments:

Post a Comment